Siti Nurhaliza mahu tambah cahaya mata

Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza
A
A
A
PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan azam pada tahun baharu cuba untuk mendapatkan zuriat lagi.

Menurut penyanyi Anta Permana itu, selain cahaya mata dia juga berharapkan kesihatannya sihat dan kariernya juga bertambah maju.

"Perancangannya adalah sama... kerjaya menyanyi of course saya nak lagi album baharu, persembahan-persembahan yang berjaya di pentas yang baharu.

"Kemudian semoga bisnes SimplySiti dan Creation sukses.

"Seterusnya menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak menjadi anak solehah.
Artikel Berkaitan:


"Fasal tambah anak insya-ALLAH bila Aafiyah dah berusia dua tahun," akhiri Tok T tersenyum.