Biri-biri pakai pampers?

Biri-biri dipakaikan lampin pakai buang dan mikrofon untuk tahu pengeluaran susu. - Foto Daily Mail
Biri-biri dipakaikan lampin pakai buang dan mikrofon untuk tahu pengeluaran susu. - Foto Daily Mail
A
A
A

BRAZIL - Biri-biri pakai lampin pakai buang (pampers) dan guna mikrofon?

Kedengaran agak lucu namun itu realiti berlaku pada sekumpulan biri-biri memakai pampers dan mikrofon di sini.

Memetik laporan Daily Mail, kumpulan penyelidik daripada syarikat kajian Agrikultur dan Lanjutan Pedalaman di selatan Brazil sedang mengumpul maklumat mengenai pengeluaran susu biri-biri itu.

Mikrofon dikatakan dipasang bagi memastikan ternakan itu menelan rumput yang diragut di kawasan padang.

Biri-biri dipakaikan lampin pakai buang dan mikrofon untuk tahu pengeluaran susu. - Foto Daily Mail
Biri-biri dipakaikan lampin pakai buang dan mikrofon untuk tahu pengeluaran susu. - Foto Daily Mail

Sementara lampin pakai buang berfungsi menadah najis dan air kencing haiwan itu.

Kemudian, sisa buangan itu akan ditimbang bagi mendapatkan maklumat mengenai jumlah rumput yang dihadam biri-biri berkenaan.

Menurut kumpulan penyelidik, pendekatan itu diharap mampu membantu mereka mengenal pasti jumlah rumput yang diragut oleh biri-biri dan boleh memberi makanan secukupnya kepada biri-biri itu sekali gus meningkatkan pengeluaran susu ke tahap maksimum.

Artikel Berkaitan:

Ternakan itu ditempatkan di kawasan khas yang menempatkan rumput hibrid Axonopus Catharinensis.