JPJ Pahang tingkat pantauan di lokasi kemalangan

Seramai 326 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas sepanjang Ops HRA 2019 di Pahang.
Seramai 326 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas sepanjang Ops HRA 2019 di Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Menjelang Aidilfitri Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang meningkatkan pantauan di lebuh raya dan jalan raya biasa menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA ) 2019.

Ops HRA 2019 berlangsung selama dua minggu bermula 29 Mei lalu membabitkan penguatkuasaan secara menyeluruh di laluan-laluan utama khususnya kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan maut.

Pengarahnya, Mohamad Abdullah berkata, seramai 326 daripada 455 anggota terlibat menjayakan operasi berkenaan.

Menurutnya, operasi juga memberi fokus kepada 18 laluan utama termasuk di lebuh raya.

"Dengan penglibatan anggota JPJ di lokasi atau jalan raya, pemanduan diyakini lebih selamat.

"Kita ikhtiar untuk menurunkan 20 peratus kadar kematian akibat kemalangan di lebuh raya.

"Manakala untuk kenderaan persendirian dan motosikal di jalan raya sebanyak 10 peratus disasarkan berbanding musim lepas, " katanya pada sidang media Ops HRA 2019 di Plaza Tol Gambang, hari ini.

Mohamad meminta orang ramai membuat aduan segera dengan butiran lengkap jika berdepan pengguna jalan raya bermasalah.
Mohamad meminta orang ramai membuat aduan segera dengan butiran lengkap jika berdepan pengguna jalan raya bermasalah.

Beliau berkata, beberapa strategi difokuskan sepanjang operasi termasuk Ops Motosikal Khas pada 1 dan 2 Jun serta selepas raya.

Artikel Berkaitan:

"80 peratus anggota bertugas dan cuti mereka dibekukan serta sebanyak 74 buah kenderaan digunakan sepanjang operasi.

"Strategi penguatkuasaan fokus kepada kenderaan pengangkutan barangan (BKB) di lebuh raya, kenderaan pengangkutan Awam (KPA) dan persiaran di lebuhraya serta jalan negeri," katanya.

Mohamad berkata, pendekatan "Citizen Journey" yang dilaksanakan diyakini akan memberi pengalaman menyeronokkan kepada pengguna jalan raya.

"Penglibatan anggota JPJ di laluan-laluan utama akan membuatkan pengguna berasa lebih selamat.

"Secara tidak langsung membudayakan pemanduan berhemah dan patuh undang-undang, sekaligus mengurangkan kemalangan," katanya.