Empat maut helikopter terhempas di Ukraine

Keadaan helikopter tentera yang terlibat nahas yang meragut empat anggota tentera. – Foto AFP
Keadaan helikopter tentera yang terlibat nahas yang meragut empat anggota tentera. – Foto AFP
A
A
A

KIEV - [DIKEMASKINI] Empat anggota tentera maut dalam kejadian helikopter terhempas di barat Ukraine.

Tentera Ukraine dalam satu kenyataan berkata, helikopter Mi-8 itu terhempas di rantau barat Rivne semasa latihan penerbangan semalam.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan punca nahas.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan melantik Ketua Staf, Ruslan Khomchak bagi mengetuai siasatan. - AFP

Artikel Berkaitan: