Norway nikmati 24 jam waktu siang

Paparan Facebook Dr Waleed Hakeem.
Paparan Facebook Dr Waleed Hakeem.
A
A
A

NORWAY - Fenomena 'Midnight Sun' atau 'dunia tanpa malam' kini dirasai penduduk yang tinggal sekitar garisan Artik, Noway.

Ia dikongsi oleh imam Dr Waleed Hakeem yang cukup terkenal dengan dakwahnya di media sosial. Video berdurasi 7 minit 33 saat dimuat naik di Facebook miliknya kini meraih tujuh juta tontonan dari netizen seluruh dunia.

Beliau berkata, suasana di negara itu cukup mengagumkan apabila matahari masih kelihatan walaupun malam sudah menjelma.

Dalam rakaman video itu, beliau juga memberitahu, penduduk menunaikan solat Tarawih di bawah sinaran matahari nyata memberi kelainan.

Jelasnya, matahari bergerak secara bulatan di sekitar langit sepanjang hari.

Disebabkan itu, matahari tidak berada di kedudukan sebelah barat, namun berada di sebelah utara.

Selain matahari pada waktu malam, keindahan bulan penuh juga dapat dilihat di sekitar Artik. Dr Waleed Hakeem berkata, fenomena itu tidak menghairankan kerana ia disebut di dalam surah Al-Kahfi.

Beliau menambah fenomena itu hanya berlarutan beberapa tahun sahaja.

Artikel Berkaitan: