X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki bakar diri di hadapan Rumah Putih

Polis segera memadam api yang membakar tubuh lelaki tersebut.
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas membakar diri di hadapan Rumah Putih semalam.

Jurucakap ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) berkata, lelaki berkenaan dirawat kerana kecederaan serius, tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Insiden berkenaan berjaya dirakam orang ramai dan tular di media sosial.

Ia berlaku di Ellipse berhampiran Washington Mall, kawasan yang popular dalam kalangan pelancong.

Difahamkan, ia adalah insiden kedua sejak 12 April apabila seorang lelaki dalam skuter elektrik jenis kerusi roda menyalakan jaketnya di luar pagar Rumah Putih. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus