Cadangan pinjamkan Shahrel Fikri ke PKNP FC

Shahrel Fikri (bawah, kanan) bersama kesebelasan Perak.
Shahrel Fikri (bawah, kanan) bersama kesebelasan Perak.
A
A
A

IPOH - "Perak masih perlukan Shahrel Fikri," demikian reaksi pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah berhubung cadangan penyokong bola sepak Perak agar Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi di'pinjam'kan kepada PKNP FC.

Katanya, sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan hanya boleh diputuskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Cadangan itu terpulang kepada Presiden PAFA. Sebagai pengurus, saya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan.

"Bagaimanapun kita telah berikan dua pemain Muhammad Syazwan Zaipol Bahari dan Nazirul Afif Ibrahim untuk dipinjamkan kepada PKNP FC.

"Tak ada masalah untuk kita berikan pinjam. Ibarat abang bantu adik," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Adly Shah berkata, persiapan pasukan tetap berjalan seperti biasa menjelang saingan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Persiapan kita setakat ini seperti biasa dan kita akan berdepan PJ City FC bagi saingan Liga Super selepas Aidilfitri nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: