Kento Momota barakan saingan SSPL 2018/19
Barisan pemain yang akan membawa cabaran pasukan masing-masing dalam saingan SSPL 2018/19 bersama Jack Koh (berdiri tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Aforadio.com, William Lim dan Pengarah Malaysia Purple League, Lim Yau Young semasa Sidang Media Bersama Pasukan-Pasukan SSPL 2018/19 di Quill City Mall, Kuala Lumpur semalam.
A
A
A
Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh berkata, beliau gembira dengan kehadiran semula pemain berusia 24 tahun itu sekaligus membuka lebih saingan dalam kalangan pasukan bertanding.
Menurutnya, bintang muda yang sedang meningkat naik berkenaan berpeluang bermain dengan kelompok 32 pemain terbaik dunia.
“Ketika Kento Momota bermain musim awal Purple League, rankingnya ketika itu belum mencapai kedudukan 100 terbaik dunia.
“Kini dia berpeluang menentang pemain bintang seperti Datuk Lee Chong Wei, sesuatu pengalaman yang pastinya tidak akan diperoleh di kejohanan lain berdasarkan rankingnya ketika itu,” kata Jack Koh yang juga pengasas SS Purple League
Bagi pihaknya sebagai penganjur Jack Koh berkata, pihaknya akan menyediakan platform terbaik kepada pemain untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.
“Kita akan membuatkan liga ini terus meningkat naik dan mencapai standard tertinggi sekaligus menarik pemain terbaik dunia untuk terus menyertai saingan Purple League,” tambah Jack Koh.
Antara pemain ternama selain Momota yang akan membawa cabaran Ampang Jaya adalah Bryce Leverdez (Perancis), Chan Peng Soon, Lee Zii Jia, Goh Jin Wei, Shevon Lai Jemie (Malaysia) dan banyak lagi.
Antara pemain ternama yang bakal beraksi bersama pasukan masing-masing dalam saingan SSPL 2018/19 adalah seperti Goh Liu Ying, Liew Daren, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Tan Chun Man (Hong Kong) yang beraksi bersama Puchong United BC.
Sementara pemain kebangsaan, Lee Ying Ying , pemain Indonesia, Rusydina Antardayu, pemain dari Thailand, Boonsak Ponsana akan bermain untuk Terbrau City BC manakala pemain muda meningkat naik, Leong Jun Hao (Serdang BC), Goh V Shem, Iskandar Zulkarnain, Gronya Somerville (Petaling BC), Dey Subhankar, Lu Ching Yao, Yang Po Han (Kepong BC), dan Lee Meng Yean (Bandar Maharani BC) turut memperkuatkan pasukan masing-masing.
Dalam pada itu, Pengurus Puchong United BC yang juga juara SSPL musim lalu, Irina Inozemtseva mengakui adalah sesuatu yang sukar untuk mempertahankan gelaran pada saingan kali ini.
"Kita boleh lihat pasukan lain membuat persiapan rapi dengan membawa masuk pemain hebat memperkuatkan pasukan masing-masing. Apapun bagi kami di Puchong United BC, kami tidak gentar dan akan terus berjuang hingga ke akhir.
“Dengan Puchong United BC juga memiliki pemain seperti Goh Liu Ying, Liew Daren, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan banyak pemain hebat lain dalam pasukan ini, ditambah dengan strategi yang betul, kami berharap kami dapat meneruskan aksi dengan sempurna. Kita akan menjadi lebih hebat selepas ini,”katanya.
SSPL 2018/19 berlangsung secara round robin dan playoff akan memulakan peringkat pertama iaitu pada 21 hingga 24 Disember, 26 hingga 30 Disember, dan 2 hingga 6 Januari manakala peringkat kedua pula pada 11 hingga 13 Januari di Gem In Mall, Cyberjaya manakala pusingan akhir akan berlangsung di Resorts World Genting pada 24 hingga 27 Januari.
Tiket untuk menyaksikan perlawanan SS Purple League boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi https://www.purpleleague.com/ dengan harga RM15 sahaja untuk orang dewasa dan RM9 untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun. Pas bermusim juga boleh didapati pada harga RM199 (untuk semua aksi di Kuala Lumpur) bagi menyaksikan SSPL 2018/19.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!