Dua mengaku salah jual gari

Tertuduh hadir ke mahkamah majistret diiringi anggota polis.
Tertuduh hadir ke mahkamah majistret diiringi anggota polis.
A
A
A

KUALA PILAH - Dua peniaga mengaku bersalah di mahkamah majistret di sini semalam atas pertuduhan menjual gari yang menyerupai gari digunakan polis tanpa kebenaran sah.

Tertuduh Muhammad Zul Afiq Zafri, 21, dan Wan Amirul Zarni Mohd Kamaruzzaman, 24, yang memakai baju lokap berwarna ungu membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nariman Badruddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 22 Mei lebih kurang jam 6.15 petang di hadapan Pasaraya Giant, Melang, Kuala Pilah telah menjual 20 unit gari yang menyerupai gari digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa kebenaran sah.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 89 (b) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Zahid Ahmad.

Sementara itu Mohamad Zahid memohon mahkamah mengurangkan hukuman tertuduh kerana mereka bukan di kalangan orang senang selain mempunyai adik-beradik ramai.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda sebanyak RM400 setiap orang dan sekiranya gagal berbuat demikian akan dipenjarakan selama lapan hari.

Artikel Berkaitan: