Ukraine sambut baik keputusan ITLOS

Olexander Nechytaylo - Foto Bernama
Olexander Nechytaylo - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Ukraine menyambut baik keputusan Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa (ITLOS) yang memerintahkan Rusia membebaskan tiga kapal dan 24 kelasi yang ditahan di negara itu.

"Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri mengalu-alukan keputusan Tribunal itu," kata Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo, dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata keputusan itu memberikan isyarat jelas kepada Rusia bahawa ia tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang antarabangsa.

"Kami berharap Rusia akur dengan arahan itu," katanya.

Dalam keputusan pada 25 Mei lalu, ITLOS memerintahkan Rusia segera membebaskan tiga kapal tentera laut Ukraine - Berdyansk, Nikopol dan Yani Kapu - yang ditahan berhampiran Selat Kerch pada November 2018.

ITLOS turut memerintahkan, 24 orang yang ditahan dilepaskan dan segera dibenarkan pulang ke Ukraine. - Bernama

Artikel Berkaitan: