Ahmad Zahid pemimpin jiwa besar: Noraini

Dr Noraini Ahmad
Dr Noraini Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita Umno menerima keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan menjalankan tugas sebagai Presiden Umno.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid seorang pemimpin berjiwa besar yang menerima suara akar umbi dengan meletakkan parti melebihi kepentingan peribadi.

“Wanita Umno menghargai jasa dan pengorbanan Ahmad Zahid sepanjang perkhidmatannya bersama Umno dan BN.

“Beliau telah memberikan sumbangan yang besar bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Wanita Umno berharap mandat diberikan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas Presiden akan menghasilkan kepimpinan yang jitu dan memastikan kelangsungan serta kestabilan Umno dapat dikekalkan.

“Tuntutan membangunkan semula Umno, merawatnya dan memulihkan wibawanya kini perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan Umno di pelbagai peringkat.

“Paling utama pada waktu ini adalah kesetiaan dan keikhlasan setiap ahli untuk melakukan perubahan agar sisa-sisa perjuangan yang masih ada boleh dijadikan landasan bermakna di dalam memulihkan Umno,” katanya.

Artikel Berkaitan: