PM Papua New Guinea tak jadi letak jawatan

Peter O'Neill
Peter O'Neill
A
A
A

PORT MORESBY - Perdana Menteri Papua New Guinea (PNG), Peter O’Neill hari ini menangguhkan pengumuman untuk meletak jawatan dan mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang proses undi tidak percaya ke atas beliau, sekali gus mengeruhkan lagi krisis politik di negara itu.

Pemimpin veteran terbabit dilaporkan cuba untuk mengekalkan kekuasaannya dengan memberi tekanan kepada Mahkamah Agung supaya menghalang undi di Parlimen yang bertujuan untuk menyingkirkannya.

Kelmarin, O’Neill, 54, mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas berdepan tekanan banyak pihak, namun sehingga kini pemimpin terbabit cuba mengelak daripada mengemukakan surat pengundurannya.

O’Neill yang memegang kuasa sejak 2011 berdepan tentangan ahli Kabinet yang meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap perjanjian gas asli cecair (LNG) bernilai berbilion dolar dimeterai bersama firma Total di Perancis dan ExxonMobil di Amerika Syarikat pada awal tahun lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: