'Tak salam tak semestinya boikot'

Paparan skrin rakaman video menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Paparan skrin rakaman video menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A
A

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perbuatan anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bukanlah tindakan memboikot Istana Johor.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, tindakan Menteri Besar Kedah itu tidak disengajakan dan bukanlah isu besar yang harus dipertikaikan.

“Kadangkala apabila anda melepasi sesetengah orang, tidak bererti anda memboikot mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Saya tak sengaja, tapi...'

Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor

“Kedua-dua Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan saya dan saya pun bersalaman dengan mereka, kamera tak tayang, mengapa ia tidak diperbesarkan?

“Saya tiada masalah dengan Kerabat Johor, malah di Istana Abu Bakar, Pekan baru-baru ini, Sultan Johor kata saya kelihatan muda, saya membalasnya imej (muda) ini kerana saya tiada janggut seperti baginda,” katanya

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat Mukhriz atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan Sultan Johor di Istana Abu Bakar, Pekan pada 23 Mei lalu.

Dalam video berdurasi 14 saat yang tular di media sosial menunjukkan Mukhriz tidak menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor sebaliknya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.

Kelakuan tersebut mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak termasuk Pemuda UMNO Johor yang menggesa anak Perdana Menteri itu memohon maaf kepada Sultan Johor.

Malah Tunku Ismail turut berkongsi rakaman video yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor menerusi laman Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Tunku Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut secara langsung