Mukhriz mohon maaf kepada Sultan Johor

Paparan skrin rakaman video menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Paparan skrin rakaman video menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengutus surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bagi memohon ampun dan maaf atas kekhilafan beliau tidak bersalaman dengan baginda, di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Mohd Fisol Jaafar memaklumkan, surat berkenaan diutuskan hari ini kepada Istana Johor.

Menurutnya, Mukhriz telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

"Ia tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan media yang memaklumkan surat permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah diutus kepada Sultan Johor.
Kenyataan media yang memaklumkan surat permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah diutus kepada Sultan Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor

Hari ini, tular video yang menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor dan terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim.

Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen, dengan pelbagai reaksi termasuk mengecam tindakan itu yang disifatkan biadab.

Artikel Berkaitan: