Puteri UMNO turut persoal motif Tommy

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mempersoalkan motif Peguam Negara, Tommy Thomas membatalkan lantikan peguam Syazlin Mansor yang mengendalikan inkues kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Allahyarham Muhammad Adib mendapat keadilan sebaik mungkin, tetapi akhir-akhir ini ia kelihatan berlaku sebaliknya.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan menerima sepucuk surat Peguam Negara, Tommy Thomas agar membatalkan lantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues kematian Muhammad Adib.

“Persoalannya sekarang, apa motif Peguam Negara buat demikian? Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Allahyarham Muhammad Adib mendapat keadilan sebaik mungkin, tapi akhir-akhir ini nampak sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya, hari ini.

Beliau juga mempertikai sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia.

“Apa dah jadi dengan sistem perundangan negara kita?" soalnya.

Hari ini, KPKT mengesahkan menerima sepucuk surat daripada Peguam Negara agar membatalkan lantikan peguam, Syazlin Mansor dalam inkues kematian Adib.

Setiausaha Politik Menteri KPKT, Nor Hizwan Ahmad berkata, kementerian segera bertindak mengikut nasihat Tommy di dalam surat yang bertarikh 23 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: