Lagi kapal ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 2 petang dalam Op Khas pagar Laut 2/19, petang semalam.
Kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 2 petang dalam Op Khas pagar Laut 2/19, petang semalam.
A
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) berjaya menahan sebuah kapal disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 2 petang dalam Op Khas Pagar Laut 2/19.

Menurutnya, penahanan dibuat setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.

"Kapal tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 20 hingga 58 tahun. Empat kru warganegara Indonesia dan selebihnya warganegara Myanmar.

Kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 2 petang dalam Op Khas pagar Laut 2/19, petang semalam.
Kapal tangki yang berdaftar di Cook Islands itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 3.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop jam 2 petang dalam Op Khas pagar Laut 2/19, petang semalam.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu bersauh tanpa kebenaran.

"Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Dua kru kapal dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zulfadli menjelaskan lagi, ZMTS akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim terutama pada musim perayaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan negara khususnya perairan Johor Timur.

Artikel Berkaitan: