Rukun Negara bakti terbesar Khoo Kay Kim

Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pemergian tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pasti akan dikenang kerana sudah banyak menabur bakti kepada negara.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, antara jasa besar Kay Kim kepada negara terlibat dalam menulis Rukun Negara selain banyak mencurahkan baktinya dalam mendidik anak bangsa.

“Pagi ini kita menerima berita sedih kematian tokoh akademik yang banyak berjasa kepada negara, Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau Puan Sri Rathi, Eddin, Rubin dan Mavin. Kay Kim pasti akan dikenang kerana sudah banyak menabur bakti kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hari ini, negara kehilangan sejarawan ulung, Khoo Kay Kim, 82, yang meninggal dunia akibat masalah jantung pada jam 10 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Artikel Berkaitan: