Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Kay Kim yang berusia 82 tahun meninggal dunia pada pukul 10.13 pagi tadi.

Anak kedua mendiang, Rubin Khoo, 47, berkata, ayahnya pernah membuat pembedahan pintasan pada Oktober tahun lalu dan keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan.

"Walaupun begitu dia masih tabah sehingga akhir hayatnya. Kami sedang menguruskan hal ini dan akan memaklumkan hal pengebumian nanti," katanya.

Kay Kim yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga orang anak, Eddin, Rubin dan Mavin.

Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.- Bernama

Artikel Berkaitan: