Jasa Kay Kim gubal Rukun Negara terus dikenang: Anwar

Anwar Ibrahim - FOTO SHARIFUDDIN RAHIM
Anwar Ibrahim - FOTO SHARIFUDDIN RAHIM
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian tokoh sejarawan dan ahli akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Anwar berkata banyak jasa yang mendiang curahkan selama ini terhadap negara.

"Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga mendiang dan semoga mereka tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini.

"Jasa dan pengorbanan mendiang yang membantu menggubal Rukun Negara akan terus dikenang rakyat dan negara," katanya.

Kay Kim meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini pada jam 10.13 pagi tadi di usia 82 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Sejarawan negara Khoo Kay Kim meninggal dunia

Tokoh sejarawan itu merupakan anak jati Perak yang dilahirkan di Kampar pada 28 Mac 1937.

Khay Kim merupakan seorang penerima Anugerah Merdeka 2018 berprestij dalam kategori pencapaian skolastik cemerlang kerana sumbangan gemilangnya terhadap penyelidikan sarjana, penyusunan interpretasi semula sejarah Malaysia dan dedikasi sepanjang hayat dalam pendidikan sejarah.

Artikel Berkaitan: