Rumah Ngaji Terengganu santuni 90 asnaf

Sebahagian penerima sumbangan bersama penganjur.
Sebahagian penerima sumbangan bersama penganjur.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Tautan Mahabbah dan Iftor Perdana anjuran Rumah Ngaji Terengganu meraikan seramai 90 golongan asnaf termasuk miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran serta kawasan berhampiran.

Pengurus Rumah Ngaji Kuala Terengganu, Wan Nur Aziemah Wan Mohd Azmi berkata, program julung kali diadakan itu mendapat kerjasama Masjid Al-Hijrah PPR Hiliran, El Izzah Travel, Team BYL dan Al Fateh Training & Consultant.

"Program ini bertujuan meraikan pelajar al-Quran di PPR Hiliran dan sahabat al-Quran, mengeratkan silaturahim, mengenali masyarakat dengan lebih dekat serta mendidik jiwa supaya sentiasa memberi iaitu infak.

"Dalam masa yang sama, kita boleh membantu golongan ini mengenai pentingnya untuk kita baca dan kenal al-Quran," katanya pada program berkenaan di sini.

Hadir sama, Pengerusi Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Al-Azahary Abdullah Sani; Pengasas Al Fateh Training, Najib Ibrahim; wakil El Izzah travel, Mohd Noor dan ketua pasukan BYL Terengganu, Dr Zabidah Awang.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PPR Hiliran, Zabri Awang (kanan) menyampaikan sumbangan kepada asnaf.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) PPR Hiliran, Zabri Awang (kanan) menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Antara sumbangan yang disampaikan ialah beras kepada 40 pelajar kelas al-Quran, keperluan dapur kepada 20 fakir miskin dan ibu tunggal, pemberian duit raya kepada 30 pelajar tahfiz, anak-anak yatim dan fakir miskin.

Artikel Berkaitan:

Selain penyampaian sumbangan, program iftar yang mendapat tajaan seramai 150 orang itu turut diserikan dengan majlis khatam al-Quran dan pengisian tadabbur oleh wakil Rumah Ngaji Kuala Terengganu, Amir Syakirin.

Dalam pada itu, Azimah berkata, kewujudan Rumah Ngaji telah diketahui secara meluas dalam kalangan masyarakat.

"Setiap PPR ada pihak yang boleh uruskan untuk buka kelas ilmiah yang lebih dekat seperti ilmu fardu ain dan kelas al-Quran.

"Ia selaras dengan objektif Rumah Ngaji Terengganu yang menggalakkan lebih ramai buka Rumah Ngaji di kawasan masing-masing bagi menjayakan misi baca faham dan amal al-Quran," katanya.