AS negara kelima paling berbahaya buat wartawan

Anggota polis berkumpul di lokasi di mana empat wartawan ditembak mati di Annapolis, Maryland pada Jun lalu.
Anggota polis berkumpul di lokasi di mana empat wartawan ditembak mati di Annapolis, Maryland pada Jun lalu.
A
A
A
PARIS - PERANCIS. Laporan terbaharu organisasi Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) berkongsi kedudukan di tangga kelima dengan India sebagai negara paling berbahaya bagi pengamal media di dunia.

Badan pemantau berpangkalan di Paris itu berkata, ini adalah kali pertama AS tersenarai dalam kedudukan lima teratas.

"Buat kali pertama, AS disenarai sebagai negara tidak selamat buat pengamal media dan AS bukan negara yang dilanda konflik perang," kata RSF.

Tambah laporan itu, seramai enam wartawan terbunuh semasa bertugas di AS sepanjang tahun ini iaitu empat mati dalan serangan tembakan di ibu pejabat Capital Gazette di Maryland pada Jun, dan dua lagi terkorban semasa taufan di Carolina Utara pada Mei.

Dalam laporan tahun ini, RSF menyenaraikan Afghanistan, Syria, Mexico dan Yaman berada di empat tangga teratas di belakang AS dan India.
Artikel Berkaitan:


Secara keseluruhannya, seramai 80 wartawan mati di seluruh dunia sepanjang 2018.

Seramai 348 wartawan dipenjarakan dan 60 lagi ditahan sebagai tebusan.

Kebanyakkan daripada mereka menurut RSF, sengaja dijadikan sasaran oleh pihak tertentu. - Agensi