Rumah separa kekal hangus

x-default
x-default
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah rumah separa kekal di Jalan Rawa 8, Taman Perling, di sini, hangus dalam satu kejadian kebakaran kira-kira jam 10 pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Rafie Sareng berkata, seramai 18 anggota bersama dua jentera telah dikejarkan untuk kerja-kerja pemadaman api.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku memandangkan kediaman itu kosong ketika kebakaran berlaku.

"Usaha memadamkan kebakaran turut menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ‘water tender’," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafie berkata, usaha mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian kini sedang disiasat.

Artikel Berkaitan: