Tradisi malam tujuh likur menurut perspektif Islam

Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan. -GAMBAR HIASAN.
Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

MENJELANG penghujung Ramadan, menjadi tradisi masyarakat Melayu akan memasang lampu pelita.

Kebiasaannya pelita dipasang semasa 10 malam terakhir Ramadan yang dipanggil sebagai malam tujuh likur oleh kebanyakan mereka, lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan.

Apakah amalan ini bercanggah dengan apa yang dianjurkan dalam Islam?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.