Bot karam di Congo ragut 30 nyawa

Bot membawa penumpang berlebihan satu pemandangan biasa di Congo.
Bot membawa penumpang berlebihan satu pemandangan biasa di Congo.
A
A
A

KINSHASA - Sekurang-kurangnya 30 maut dan puluhan yang lain hilang dalam kejadian bot karam di sebuah tasik di barat Republik Demokratik Congo, kata datuk bandar tempatan.

“Setakat ini, kami sudah menemui 30 mayat. 12 wanita, 11 kanak-kanak dan tujuh lelaki,” kata Datuk Bandar Inongo, Simon Mbo Wemba.

Tambahnya terdapat lebih 350 penumpang di atas bot itu dengan hanya 183 orang terselamat.

Kejadian berlaku pada malam Sabtu di Tasik Mai-Ndombe.

“Angka itu hanya sementara,” katanya sambil menambah sukar untuk mengetahui jumlah penumpang yang tepat kerana kebanyakan penumpang kemungkinan terdiri daripada pendatang tanpa izin. - AFP

Artikel Berkaitan: