Pas Perak akur titah Sultan Nazrin

Razman Zakaria
Razman Zakaria
A
A
A

IPOH - Pas Perak akur dan mengambil pendekatan lebih berwaspada supaya tidak terlibat penyalahgunaan surau dan masjid serta kemudahannya bagi tujuan politik.

Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, ia termasuklah larangan penggunaan sepanduk yang mempamerkan lambang parti dalam bangunan dan di kawasan masjid dan surau seperti titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Kepatuhan ini hendaklah diikuti semua pihak bukan ke atas pembangkang sahaja dan pihak Pas.

"Memang selama ini kita akur titah baginda Sultan juga pekeliling dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ahli politik juga sebahagian daripada anggota masyarakat di sesuatu kawasan yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat menimba ilmu dan menyampaikan tazkirah selain keberadaan mana-mana ahli politik perlu dilihat atas faktor individu bukannya nama parti diwakili.

"Jika dia seorang ahli Pas, mungkin juga dia seorang kadi, guru tahmid, imam atau ustaz, jadi sudah tentu mereka tidak boleh lari dari tanggungjawab sekiranya dipanggil dalam program di masjid dan surau," katanya.

Artikel Berkaitan: