22 kenderaan disita menerusi Ops Pencegahan Samseng Jalanan

pdrm
pdrm
A
A
A

KULAI - Sebanyak 22 kenderaan disita menerusi Ops Pencegahan Samseng Jalanan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kulai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow berkata, tindakan diambil mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Operasi yang dijalankan kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lepas hingga jam 5 pagi keesokannya itu dibuat di Lebuh Raya 2nd Link berdekatan Johor Premium Outlet, di sini, bagaimanapun tidak melibatkan tangkapan.

"Sebanyak 47 saman turut dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas tiga kereta dan 20 motosikal pada operasi itu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, tindakan diambil berdasarkan hasil maklumat orang ramai berikutan terdapat sekumpulan remaja bermotosikal yang membuat bising di lokasi tersebut.

"Ujian air kencing telah dijalankan ke atas 33 remaja mendapati kesemuanya negatif," katanya.

Ujarnya lagi, bagi mengelakkan kejadian berkenaan berulang, operasi sedemikian akan diteruskan lagi.

Artikel Berkaitan: