AADK tahan bapa, anak saudara terlibat dadah

Tiga penagih termasuk bapa dan anak saudara (kiri dan tengah) berjaya diberkas AADK Besut pagi tadi.
Tiga penagih termasuk bapa dan anak saudara (kiri dan tengah) berjaya diberkas AADK Besut pagi tadi.
A
A
A

KAMPUNG RAJA - Dua penagih membabitkan bapa dan anak saudara antara tiga yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut dalam Ops Cegah di Kampung Padang Bual, Hulu Besut pagi tadi.

Dua bersaudara berusia 51 dan 17 tahun itu diberkas sepasukan anggota AADK di sebuah rumah pada jam 8.30 pagi.

Ketua Pegawai AADK Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, pihaknya bertindak atas maklumat awam mengenai seorang penagih tegar yang merupakan remaja berusia 17 tahun.

Menurutnya, risikan awal pihaknya mendapati bapa saudara remaja terbabit yang tinggal bersamanya juga merupakan seorang penagih.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki separuh abad itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah namun berjaya diberkas manakala anak saudaranya pula sedang nyeyak tidur di ruang tamu rumah.

“Siasatan awal pihaknya mendapati remaja yang bersekolah setakat darjah enam itu tidak tidur di rumah pada waktu malam untuk mengelak diberkas pihak berkuasa dan hanya pulang ke rumah sebaik hari siang,” katanya.

Nor Hafizza berkata lagi, pengakuan awal remaja terbabit memberitahu dia mula terlibat dengan dadah pil kuda akibat pengaruh kawan semasa belajar di sebuah sekolah pondok di Kelantan lima tahun lalu.

Menurutnya lagi, bapa saudaranya pula mendakwa telah 19 tahun terlibat dengan dadah dan mula terjebak kononnya akibat tekanan perasaan kerana bercerai dengan isteri.

Artikel Berkaitan: