Warga Israel protes langkah beri imuniti kepada Netanyahu

Ribuan warga Israel mengadakan protes besar-besaran membantah langkah perundangan yang akan memberi imuniti kepada Netanyahu daripada didakwa.
Ribuan warga Israel mengadakan protes besar-besaran membantah langkah perundangan yang akan memberi imuniti kepada Netanyahu daripada didakwa.
A
A
A

TEL AVIV - Ribuan warga Israel mengadakan protes mega membantah langkah perundangan yang akan memberi imuniti kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu daripada didakwa.

Protes yang diadakan di luar sebuah bangunan muzium di Tel Aviv semalam dianjurkan oleh pihak pembangkang yang menuduh Netanyahu cuba meluluskan undang-undang yang melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan kes rasuah.

Sementara itu, bekas ketua tentera Israel, Benny Gantz yang turut menyertai bantahan tersebut mendakwa, impian Israel 'tidak kesampaian' di bawah kepimpinan Netanyahu.

"Terdapat pihak yang cuba untuk menggantikan pemerintahan rakyat dan memperhambakan seluruh negara demi kepentingan seorang individu," kata Gantz yang tewas kepada Netanyahu dalam pilihan raya Israel yang lalu.

Pada Februari lalu, Peguam Negara Israel mempertimbangkan cadangan untuk mendakwa Netanyahu di atas kesalahan rasuah dan penipuan.

Netanyahu yang dilantik sebagai Perdana Menteri Israel untuk penggal kelima ekoran kemenangan dalam pilihan raya bulan lalu itu bagaimanapun menafikan segala tuduhan yang disifatkannya bermotif politik. - BBC

Artikel Berkaitan: