X

Kindly register in order to view this article
!

'Piagam UMNO-Pas tak semestinya kukuh'

Husam (dua, kanan) menyerahkan sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di Kilang LLY Loyalty Logistics Sdn Bhd, Rantau Panjang.
A
A

RANTAU PANJANG - Piagam UMNO-Pas yang bakal dimeterai antara kedua-dua parti pembangkang itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti tidak semestinya kukuh.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa berkata, walaupun secara hakikatnya perkara itu dilihat bagus untuk gabungan pembangkang namun hubungan yang terjalin menerusi piagam itu tidak mestinya terus kekal sampai bila-bila.

"Suami isteri pun ada piagam masa angkat nikah. Bila ada piagam pasangan berkenaan mendapat zuriat (anak).

"Namun perlu diingat ada dalam kalangan pasangan itu jodohnya tidak panjang, kemudiannya bercerai," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai Piagam UMNO dan Pas yang bakal dimeterai selepas hari raya nanti.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan kepada Asnaf Rantau Panjang di Kilang LLY Loyalty Logistics Sdn Bhd, Rantau Panjang, malam tadi.

Menurutnya, beliau turut mendoakan semoga hubungan 'sah' UMNO dan Pas akan berkekalan selepas ini.

Katanya, piagam tersebut juga secara tidak langsung mengesahkan 'hubungan gelap' antara UMNO dan Pas yang cuba disembunyikan sebagaimana pernah didedahkan sebelum ini.

"Besar harapan saya agar hubungan ini mendapat restu sepenuhnya daripada ahli di peringkat akar umbi.

"Bukan itu sahaja, Piagam UMNO-Pas ini juga diharap bukan dibina atas dasar untuk mencari kuasa politik semata-mata," katanya.

Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan berkata, beliau menunggu keputusan penuh mengenai hala tuju piagam tersebut sebelum membuat sebarang ulasan.

Sinar Harian 23 Mei lalu melaporkan penyatuan Pas dan UMNO memasuki fasa baharu apabila dua parti berkenaan akan memeterai satu piagam kerjasama secara rasmi, selepas Aidilfitri ini.

Difahamkan, perkara itu sudah berada di peringkat penelitian akhir membabitkan jawatankuasa tertinggi dua parti berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Piagam rasmi kerjasama Pas-UMNO lepas Aidilfitri


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus