X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Piagam rasmi kerjasama Pas-UMNO lepas Aidilfitri

Annuar berbual dengan kakitangan Mydin Kubang Kerian dan Puteri Umno Ketereh.
A
A

KOTA BHARU - Penyatuan Pas dan UMNO memasuki fasa baharu apabila dua parti berkenaan akan memeterai satu piagam kerjasama secara rasmi, selepas Aidilfitri ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu sudah berada di peringkat penelitian akhir membabitkan jawatankuasa tertinggi dua parti berkenaan.

“Dulu kita bekerjasama secara tidak bertulis kemudian beralih kepada permuafakatan atas konsep 'taawun' iaitu penyatuan dalam perkara kebaikan dan sekarang memasuki fasa pemeteraian piagam bersama.

“Selepas perbincangan antara pimpinan UMNO dan Pas, kita merasakan elok kerjasama ini dibuat secara rasmi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Annuar berkata, persetujuan ini turut mendapat perkenan daripada kedua-dua presiden parti agar menubuhkan jawatankuasa induk dan membentuk jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh beliau sendiri manakala Pas pula oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ahli Parlimen Ketereh ini berkata, rangkaian piagam itu sudah dikemukakan kepada pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, perincian ‘taawun’ secara bertulis ini akan menjadikan kerjasama Pas dan UMNO menjadi lebih teratur, bermula di peringkat nasional, negeri kemudian Bahagian.

"Penyatuan itu juga akan mengembalikan solidariti politik orang Melayu dan Islam tetapi kita tidak akan berhenti di sini.

“Selepas ini, kita akan ke fasa seterusnya iaitu kerjasama dengan pihak lain atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang akhbar Pemuda Peteri UMNO Cakna Asnaf.

Dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) dan Yayasan Persabahatan Malaysia (Permai) ini, seramai 122 kanak-kanak daripada golongan asnaf menerima sumbangan baju raya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!