Indonesia tarik balik sekatan ke atas media sosial

Twitter Kemkominfo
Twitter Kemkominfo
A
A
A

JAKARTA - Kerajaan Indonesia hari ini menarik balik sekatan atau pembatasan terhadap penggunaan akses aplikasi Whatsapp yang dikuatkuasakan selepas berlaku beberapa siri rusuhan pasca pilihan raya di Jakarta, Selasa lalu.

Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia (Kemkominfo) menerusi akaun rasmi Twitternya pada jam 1 tengah hari ini, mengumumkan pembatalan sekatan itu.

"Selamat menggunakan internet dengan lancar tanpa hambatan kembali ya. Mari gunakan ruang siber ini untuk hal-hal yang positif saja," menurut ciapan Twitter rasmi @kemkominfo.

#WhatsappDown' di aplikasi twitter, menjadi trending di Indonesia sejak 22 Mei, ketika ramai pengguna aplikasi WhatsApp menghadapi kesukaran untuk menerima atau menghantar mesej, video atau gambar.

Sekatan itu adalah bagi mengawal penyebaran maklumat berbaur hasutan dan maklumat palsu berkaitan kejadian rusuhan dan demonstrasi, pasca keputusan Pilihan Raya Presiden 2019.

Selain aplikasi WhatsApp, pengguna Facebook dan Instagram turut menghadapi masalah yang sama.

Lebih 130 juta rakyat Indonesia menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook dan Instagram. -Bernama

Artikel Berkaitan: