Terlalu awal UMNO, Pas bincang kerusi PRU15

Johari
Johari
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal bagi UMNO dan Pas membincangkan soal pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata, sebaliknya kedua-dua parti itu perlu terus menjalinkan kerjasama padu dengan memfokuskan satu perjuangan yang sama.

Bagaimanapun beliau menyifatkan cadangan itu wajar bagi mengelakkan sebarang kesilapan seperti mana berlaku dalam pilihan raya yang lalu.

“Ia satu cadangan yang baik kerana apa pun akhirnya kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRU lepas di mana dua parti politik ini menentang antara satu sama lain dan akhirnya parti lain yang menang. Sedangkan UMNO dan Pas mempunyai agenda yang sama. Jadi sudah tentu perbincangan itu sangat penting.

“Tapi soalnya mungkin terlalu awal untuk dibincangkan pada hari ini kerana kita baru setahun PRU dan sudah tentu perbincangan ini perlu diadakan pada masa akan datang.

jo2
jo2

“Buat masa ini, kedua-dua parti perlu adakan kerjasama mengeratkan hubungan antara satu sama lain supaya kita dapat menjalinkan keakraban di antara kedua-dua pihak untuk berdepan PRU15,” katanya selepas merasmikan Majlis Sumbangan Aidilfitri di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kedua-dua parti itu perlu mengadakan perbincangan tentang pengagihan kerusi untuk ditandingi dan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya PRU15 secara mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN Ada kemungkinan PRU15 berlaku secara mengejut

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, dalam majlis tersebut, seramai 2,500 ahli daripada 88 cawangan UMNO Bahagian Titiwangsa yang tergolong dalam kumpulan miskin bandar, menerima sumbangan barang keperluan harian seperti beras, susu dan sardin dan duit raya.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.

“Acara ini merupakan program tahunan sewaktu saya jadi wakil rakyat tetapi apabila ramai penduduk di kawasan ini datang berjumpa dengan saya, saya berasa terpanggil untuk adakan program ini.

“Saya harap pada masa akan datang saya masih berupaya untuk teruskan program-program seperti ini kepada rakyat,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Pas, UMNO akan bergabung PRU15