Nelayan hilang: Kawasan pencarian 60 batu nautika

A
A

PONTIAN - Kawasan pencarian dua nelayan yang hilang dikhuatiri lemas merangkumi 60 batu nautika termasuk sekitar pesisir pantai Pontian Besar sehingga Benut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata, APMM menerusi Maritime Rescue Coordination Centre Johor Bahru (MRSC JB) telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 5.30 petang semalam sejurus menerima maklumat kejadian dari Balai Polis Ayer Baloi, Pontian.

Menurutnya, tiga buah aset laut dari pelbagai agensi iaitu APMM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat digerakkan untuk mencari mangsa

"SAR turut dibantu tiga buah bot nelayan pantai.

"Keseluruhan kekuatan anggota yang terlibat operasi SAR ini adalah seramai 64 orang termasuk anggota yang melakukan pencarian darat di sepanjang pesisir pantai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Rashidah, Siti Raihana tabah tunggu suami pulang