Tukang jahit terpaksa guna tangga ukur saiz baju Azli

Tukang jahit menggunakan tangga bagi mengukur saiz badan Azli di kediaman Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.
Tukang jahit menggunakan tangga bagi mengukur saiz badan Azli di kediaman Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.
A
A
A

GUA MUSANG - Tukang jahit terpaksa menggunakan tangga bagi mengukur saiz badan manusia tertinggi di Malaysia ini.

Mohd Azli Hisyam Abdul Ghafar, 25, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, mempunyai ketinggian 220 sentimeter manakala kasutnya pula bersaiz 16.

Menurutnya, tahun-tahun terdahulu dia terpaksa menghabiskan ratusan ringgit untuk menempah baju raya dan kasut.

"Kalau baju T, saya akan cari di kedai-kedai pakaian terpakai kerana susah cari saiz tempatan. Kalau baju Melayu untuk raya, kena tempah.

"Harga tempahan agak mahal kerana saya sendiri tak ada kerja tetap, hanya bantu bapa di warung sahaja.

"Kasut pula, memang payah kalau tak tempah. Tapi, tempahan kasut agak mahal berbanding baju. Selipar juga saya pakai yang paling besar ada di pasaran tapi masih kecil untuk saya," katanya.

Melihat kepada kesukaran Azli, Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM) memutuskan untuk menyumbangkan baju sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengerusinya, Mohd Syahbuddin Hashim, menjemput Azli ke kediamannya di Bandar Utama untuk membuat ukuran baju dan proses itu mengambil masa selama 15 minit.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, Azli bersama 200 anak yatim dan asnaf akan menerima bantuan baju raya pada 1 Jun ini," katanya.