Bernas edar 5,000 bubur lambuk resipi antarabangsa

Kakitangan Bernas menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai.
Kakitangan Bernas menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Padiberas Nasional (Bernas) dengan kerjasama Pasar Seni mengagihkan lebih 5,000 bubur lambuk yang dimasak daripada pelbagai jenis beras dan resipi antarabangsa hari ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bernas, Norliza Mat Isa berkata, aktiviti di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas itu menyaksikan sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak oleh warga kerja Bernas dan Pasar Seni menggunakan pelbagai jenis beras yang berada di pasaran.

“Menyedari ramai rakyat Malaysia giat menjalani hidup cara pemakanan sihat, sebanyak 10 jenis bubur lambuk antarabangsa yang diagihkan ini dimasak dengan menggunakan pelbagai variati beras yang tinggi khasiat serta sihat seperti beras merah, beras perang, beras hitam dan beberapa jenis beras lagi,” katanya.

Menurutnya, antara yang diagihkan ialah bubur lambuk yang menggunakan beras perang yang kaya dengan serat dan anti oksida.

“Bernas turut menyediakan Bubur Siam atau Juk yang menggabungkan beras merah dan putih tempatan yang mana beras merah ini berkhasiat untuk kesihatan tubuh dan baik untuk mengatasi masalah stress.

Pelancong tidak ketinggalan mendapatkan bubur lambuk antarabangsa yang diedarkan Bernas semalam.
Pelancong tidak ketinggalan mendapatkan bubur lambuk antarabangsa yang diedarkan Bernas semalam.

“Bernas turut mengagihkan Bubur Nombu Kanji daripada India, Bubur Barobba Cara Bugis, Indonesia, Bubur Dakjuk Korea Selatan, Bubur Okayu Jepun, Bubur Congee Ayam dan Halia daripada China dan bubur Khmer Bor Bor,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada media pada program pengagihan bubur lambuk di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Korporat Strategik Bernas, Datuk Julainie Mohd Salleh.

Menurutnya, Pasar Seni dipilih sebagai lokasi agihan bubur lambuk kedudukannya sebagai hab pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas yang menjadi tumpuan warga Kuala Lumpur serta pelancong dalam dan luar negara.

Beliau berkata, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat dan pelancong luar terhadap pogram itu amat menggalakkan.

“Program ini diharap dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada orang ramai mengenai jenis-jenis beras yang berkhasiat untuk orang ramai,” katanya.