Ippo Hafiz kahwin 0gos depan

Penyanyi, Ippo Hafiz
Penyanyi, Ippo Hafiz
A
A
A

PENYANYI, Ippo Hafiz berkongsi bakal mendirikan rumah tangga dengan suri hati pilihannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menurut, Ippo, 30, dia dan bakal isteri, Fara Roslan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 24 Ogos 2019 di Jalan Ampang secara tertutup.

Rakan selebriti dan media akan dijemput hadir sama.

"Alhamdulillah saya rasa sudah sampai masanya dan memang bersedia untuk bergelar suami pula.

"Lagipun saya sudah tiga tahun bergelar bapa angkat kepada seorang cahaya mata perempuan," ujarnya kepada Sinar Harian persiapan kini sudah 70 peratus.

Pada masa sama Ippo yang ditemui pada majlis iftar MVM Muzik Sdn Bhd di Hotel Tamu & Suits, Kg Baru, Kuala Lumpur, turut mendedahkan meskipun perkenalan singkat namun dia percaya Fara ialah calon isteri yang tepat untuknya.

No Image Caption

"Kenal dia masa akhir tahun lepas dan sebenarnya dia seorang yang cepat belajar dengan kerjaya saya, kiranya dia sudah faham corak kerja saya.

Artikel Berkaitan:

"Bukanlah ambil keputusan terlalu cepat, tetapi kami masing-masing dah ada pengalaman perhubungan yang sama.

"Jadi kami sebulat suara berfikir terus kahwin sahaja. Perasaan saya kuat dengan dia. Jadi kenapa nak lambat-lambat kan," jelasnya sudah mendapat restu keluarga kedua belah pihak.

Dalam perkembangan kerjaya, Ippo bakal mengeluarkan dua single terbaharu dalam masa terdekat ini.