Waspada OKU mohon derma, pukau orang ramai

Orang ramai diminta tampil bantu kesan suspek yang masih bebas.
Orang ramai diminta tampil bantu kesan suspek yang masih bebas.
A
A
A

PASIR MAS - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan helah seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang menunjukkan sekeping surat dalam bahasa Thai dan memaklumkan mahu memohon sumbangan derma seterusnya cuba memukau mangsa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, lelaki berusia 30-an itu mengalami kecacatan pada bahagian tangan kiri dikatakan cuba menipu mangsa dalam kejadian di sebuah kedai emas di Bandar Tasek Raja, Selasa lalu.

"Suspek menggunakan modus operandi mengemukakan sekeping surat dalam bahasa Thai dan memaklumkan mahu memohon sumbangan derma.

"Selepas sumbangan itu diberikan, suspek kemudian minta mangsa untuk aminkan doa yang dibacakannya," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian akan memaklumkan bahawa premis mangsa mempunyai unsur-unsur 'luar' di mana ada pihak dengki dengan perniagaan yang dijalankan.

Katanya, suspek itu akan meminta wang syiling 50 sen untuk dibacakan doa bagi tujuan perubatan.

"Setelah itu, suspek akan meminta wang sebanyak RM100 dari mangsa dan cuba untuk melarikan telefon mangsa.

"Bagaimanapun, suspek gagal berbuat demikian dalam kejadian itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdullah berkata, justeru pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan lelaki berkenaan.

"Jika ada maklumat, boleh salurkan terus kepada kami dengan menghubungi balai terdekat," katanya.