25 Ketua Penaja Srikandi Bersatu Sabah terima watikah pelantikan

Rina (duduk tengah, empat dari kiri) bersama bersama Ketua-Ketua Penaja Bahagian Srikandi Bersatu Sabah.
Rina (duduk tengah, empat dari kiri) bersama bersama Ketua-Ketua Penaja Bahagian Srikandi Bersatu Sabah.
A
A
A

TUARAN - Seramai 25 Ketua Penaja Srikandi Bahagian Bersatu Sabah menerima watikah pelantikan dalam satu majlis di sini, semalam.

Watikah disampaikan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun di kediaman Ketua Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun diamanahkan mengetuai Srikandi Bersatu Sabah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Timbalan Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun; Penyelaras Armada Bersatu Sabah, Mohd Isquzaean Israq Arsit dan ketua-ketua penaja bahagian Bersatu Sabah.

25 ketua penaja pimpinan bahagian Bersatu negeri ini terdiri daripada Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Datuk Redonah Bahanda (Kota Marudu), Hasrina Wati Golkan (Kota Belud), Jamaliah Antalip (Tuaran), Aziah Atoh (Sepanggar), Salmi Sarinoh (Kota Kinabalu), Salmah Sait (Putatan), Luvila Koisun (Penampang).

Fahzean Mohiddin (Papar), Dayang Hairena Awang Basir (Kimanis), Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Amelia Ajun (Keningau), Sabini Ansumor (Tenom), Nesha Azuren Abdul Ghani (Pensiangan), Aneh Jamri (Beluran), Annabell Parian (Libaran), Hasma Nurdin (Batu Sapi), Normawati Sarjam (Sandakan), Dayang Norhayati Titing (Kinabatangan).

Mizma Appehdullah (Silam), Saridah Ab Lakata (Semporna), Datuk Rosdiana Md Nor (Tawau), Maria Wahaya (Kalabakan).

Artikel Berkaitan: