Banjir: Masjid pun tenggelam

Masjid At Taufiqiyah turut dinaiki air akibat limpahan air sungai berhampiran.
Masjid At Taufiqiyah turut dinaiki air akibat limpahan air sungai berhampiran.
A
A
A
IJOK - Hujan tanpa henti sejak petang semalam menyebabkan kawasan rendah berhampiran lembangan Sungai Buloh, di sini dinaiki air sehingga laluan tertutup di persimpangan empat di hadapan Bandar Seri Coalfields.

Malah, Masjid At Taufiqiah yang menjadi pusat pemindahan banjir juga turut tenggelam menyebabkan 83 mangsa dipindahkan di Dewan MDKS Desa Coalfields bermula jam 12 malam tadi.

Persimpangan empat itu mula dinaiki air kira-kira jam 2.40 pagi sehingga menyebabkan kenderaan ringan terkandas bagaimanapun air di laluan terbabit mulai surut Subuh tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, seramai 29 keluarga terpaksa dipindahkan berikutan paras air tinggi.

"Sebelum ini, hanya seramai 19 keluarga melibatkan Kampung Seri Sentosa dan Seri Aman bagaimanapun jumlah bertambah kepada 29 keluarga pagi ini.
Artikel Berkaitan:


"Setakat jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa menjadi 83 orang termasuk 18 kanak-kanak dan 23 warga emas," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.