Bantu sembunyi duit, suri rumah didenda RM4,000

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang suri rumah didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah membantu menyembunyikan RM4,500 milik individu lain, dua tahun lalu.

Majistret, Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memerintah Salina Abdullah dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Salina, 46, mengaku membantu menyembunyikan wang tersebut yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB miliknya.

Kesalahan itu dilakukan di CIMB Kelana Jaya, di sini, jam 4.48 petang pada 25 Mei 2017.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu telah didatangi oleh rakannya yang memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah kewangan dan perlu menjelaskan bayaran berkenaan barangan yang dihantar di salah sebuah lapangan terbang di Sarawak.

Seorang wanita iaitu Salina telah menelefon rakan pengadu untuk meminta bayaran RM4,500 sekiranya mahu barangan tersebut dihantar.

Pengadu kemudiannya memasukkan wang tersebut ke dalam akaun milik Salina dan wanita itu gagal dihubungi sebelum membuat satu laporan polis.

Artikel Berkaitan: