Jokowi ucap takziah atas kematian Ustaz Arifin Ilham

Jokowi menunjukkan gambar beliau bersama Ust Arifin Ilham ketika Allahyarham mendapatkan rawatan di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo di Jakarta. Foto: Twitter Jokowi
A
A

JAKARTA - Presiden Indonesia, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengucapkan takziah atas pemergian pendakwah terkenal, Ustaz Arifin Ilham yang meninggal dunia di Pulau Pinang semalam.

"Innalillahi Wa Inna Ilahirajiun. Turut berduka cita atas berpulang ke rahmatullah, Ustaz Muhammad Arifin Ilham di Malaysia, kelmarin.

"Semoga amal ibadat almarhum diterima di sisi ALLAH SWT dan seluruh keluarga yang ditinggalkan, diberiNYA ketabahan dan kesabaran," katanya menerusi akaun Twitternya di sini hari ini.

Pengasas Yayasan Pesantren Az-Zikra, Muhammad Arifin Ilham atau lebih dikenali sebagai Ustaz Arifin Ilham meninggal dunia kerana menghidapi penyakit kanser ketika mendapatkan rawatan di Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Muhammad Alvin Faiz melalui akaun Instagramnya semalam.

Arifin Ilham sebelum ini menyembunyikan penyakit yang dihidapinya kepada umum, namun beliau akhirnya menjelaskan bahawa dirinya menghidapi penyakit yang berada pada tahap empat pada Disember 2018.