Mayat ditemukan selepas hanyut dari Ipoh ke Teluk Intan

Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Perak disahkan mangsa yang sama dilaporkan terjatuh di Sungai Pinji, Ipoh, Isnin lalu.
Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Perak disahkan mangsa yang sama dilaporkan terjatuh di Sungai Pinji, Ipoh, Isnin lalu.
A
A
A

TELUK INTAN - Seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pinji, Ipoh, Isnin lalu ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran jeti Kampung Bahagia di sini hari ini.

Mayat V shalini, 24, itu ditemukan terapung oleh orang awam pada jam 6 pagi tadi, kira-kira 78 kilometer dari lokasi dia dipercayai jatuh.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan ketika dihubungi berkata, sepasukan anggota yang diketuai Azroisan Wahab dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan untuk mengambil mayat di sungai terbabit.

"Setibanya di lokasi, terdapat mayat wanita terapung dan polis mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang jatuh setelah terbabit dalam kemalangan semasa menunggang motosikal di Ipoh.

"Anggota bertindak membawa mangsa ke tebing dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Operasi tamat pada jam 8.30 pagi.

Artikel Berkaitan: