Jenazah Sultan Ahmad Shah selamat tiba di Istana Sultan Abu Bakar

Jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diarak penuh istiadat ketika tiba di Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - Foto Bernama
Jenazah Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diarak penuh istiadat ketika tiba di Pangkalan Udara Kuantan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUANTAN - Jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah selamat tiba di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan di sini hari ini.

Almarhum tiba di istana pada jam 8.45 malam dengan menaiki van jenazah diiringi oleh Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, ahli keluarga dan kerabat-kerabat Diraja.

Jenazah Almarhum dibawa ke istana bagi membolehkan orang ramai menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang yang bermula jam 9 malam ini sehingga jam 9 pagi esok.

Manakala bagi orang kenamaan boleh melakukan penghormatan terakhir bermula esok, pada jam 11 pagi.

Perkabungan pemergiaan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang diadakan selama 40 hari buat rakyat manakala 100 hari dilakukan oleh kerabat Diraja.

Bendera negeri Pahang juga akan dikibarkan separuh tiang selama 40 hari di negeri ini.

Artikel Berkaitan: