Serdang 'port' baharu warga Afrika

Abdul Hamid (depan) meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand.
Abdul Hamid (depan) meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kawasan Serdang dikenal pasti menjadi 'port' baharu warga Afrika selepas Aman Puri, Gombak sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Ketua Polis Negera, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, sehubungan dengan itu beliau telah mengarahkan anggotanya untuk menggandakan tinjauan dilokasi-lokasi yang menjadi tumpuan 'awang hitam' itu.

"Bukan itu sahaja, saya turut arahkan anggota supaya melakukan serbuan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti.

"Apa yang kita jalankan ini bukan berpandukan kepada 'racial profiling' atau menyasarkan sesuatu kumpulan berdasarkan warna kulit atau kenegeraan," katanya ketika ditemui pemberita di Markas Taktika Pasukan Gerakan AM (PGA) di Lubok Stol, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke Kelantan hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand.

Turut hadir Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hassan, Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Khaled Che Lah, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu Superintanden Ramly Poncho.

Menurutnya, tindakan yang diambil itu berpandukan kepada maklumat orang awam di mana mereka (awang hitam) memang agresif dengan membawa budaya sendiri sehinga menimbulkan rasa kurang senang masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, memburukkan lagi keadaan apabila ditegur oleh masyarakat tempatan awang hitam khususnya warga Nigeria akan bertindak luar kawalan sehingga timbul pergaduhan dengan penduduk setempat.

"Tindakan awang hitam itu sememangnya 'melampau'.

"Sebab itulah polis terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.