Maqis rampas 10kg daging babi

Antara daging babi yang dirampas MAQIS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) disini pagi tadi.
Antara daging babi yang dirampas MAQIS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) disini pagi tadi.
A
A
A

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas daging babi seberat 10 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di sini pagi tadi.

Maqis dalam satu kenyataannya berkata, dua pegawai melakukan pemeriksaan bagasi di laluan antarabangsa.

"Pemeriksaan ke atas seorang warganegara China itu mendapati bagasi yang dibawanya mengandungi daging babi seberat 10 kilogram.

"Penumpang yang melanggar peraturan itu akan diambil tindakan perundangan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)," katanya.

Katanya, sebanyak 475 kilogram bagi daging babi dan 688 kilogram bagi produk babi yang dirampas dan rekod ini dari bulan Mac sehingga kini.

"Tambahan, rekod rampasan bagi daging babi dan produk babi yang kebanyakannya dibawa oleh penumpang dari China, Filipina dan Vietnam di KLIA2 dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Antara bahagian anggota badan babi yang pernah dirampas sebelum ini.
Antara bahagian anggota badan babi yang pernah dirampas sebelum ini.

"Daging serta produk babi yang dijumpai pada penumpang akan disita dan dimusnahkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan risiko kemasukan penyakit African Swine Fever (ASF) dapat dicegah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Malaysia turut mengenakan larangan pengimportan babi dan produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit African Swine Fever (ASF).

"Masa sama kemasukan daging babi, produk babi yang dibawa oleh penumpang beg bimbit di laluan udara dan laut juga adalah dilarang bagi menghalang risiko kemasukan penyakit ASF dapat dicegah.

"Virus ASF tidak akan menjangkiti manusia, ia hanya menjangkiti babi sama ada babi peliharaan atau babi hutan, penyakit ASF sangat mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi sehingga 100 peratus dalam gerompok babi peliharaan," katanya.

Jelasnya, penyakit ASF ini boleh melumpuhkan dan seterusnya membinasakan industri ternakan babi dalam masa yang singkat.

"Penyampaian maklumat mengenai penyakit ASF ini akan sentiasa dipertingkatkan agar rakyat Malaysia dan pelancong dari luar negara peka mengenai larangan yang dikenakan ke atas pengimportan dan kemasukan produk babi ke Malaysia.

"Quarantine Bin” ada disediakan di lapangan terbang bagi penumpang melupuskan produk keluaran pertanian yang dikawal atau dilarang masuk," katanya.