Ketua Balai Polis di Taiping diarah periksa jualan mercun, bunga api

No Image Caption
A
A
A

TAIPING - Semua ketua balai di 11 kawasan di daerah ini diarah membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjual mercun dan bunga api di kedai serta bazar Ramadan tanpa mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata, sekiranya tindakan tidak diambil pihaknya khuatir kegiatan penjualan mercun serta bunga api akan berleluasa sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

Beliau berkata pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini penjualan mercun dan bunga api berleluasa khususnya di kedai dan bazar Ramadan.

"Perlu diingatkan kepada orang awam bahawa penjualan mercun dan bunga api mesti mendapat permit daripada pihak polis,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut Osman, penjualan mercun dan bunga api tanpa permit boleh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: