LPU UUM, MPLPU sokong kekal kuota matrikulasi

DR SUDIN HARON
DR SUDIN HARON
A
A
A

SINTOK - Pengambilan pelajar Bumiputera ke Pusat Matrikulasi wajar dikekalkan dengan kuota 90 peratus agar kaum majoriti negara ini tidak ketinggalan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Pengerusi Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU), Datuk Profesor Dr Sudin Haron berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung keputusan mengekalkan kuota 90 peratus kemasukan Bumiputera dalam program matrikulasi.

Menurutnya, kuota peruntukan pelajar Melayu dan Bumiputera perlu dikekalkan malah ditambahbaik demi keperluan semasa.

“Pandangan sesetengah pihak yang mengatakan pengekalan kuota tersebut tidak adil dan mahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat dan bertindak mengumpul tandatangan amat mendukacitakan,” katanya, dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Dr Sudin berkata, pihak yang menentang harus memikirkan realiti faktor sosio-ekonomi, di mana Melayu dan Bumiputera masih jauh ketinggalan dari segi pendapatan.

“Dr Maszlee semestinya telah meneliti perkara ini sebelum membuat keputusan mengekalkan kuota dengan beberapa penambabaikan, termasuk mengambil kira golongan B40 yang majoritinya adalah Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Menurutnya, LPU UUM dan MPLPU berharap pihak yang menentang meneliti semula objektif penubuhan 15 buah Pusat Matrikulasi pada 1999 adalah untuk mempercepatkan proses menambah golongan profesional kalangan Bumiputera yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera.

“Contohnya, bidang akauntan bertauliah Bumiputera hanya lapan peratus atau 1,600 orang berbanding 19,000 adalah bukan Bumiputera.

Artikel Berkaitan:

"Manakala golongan jurutera Bumiputera hanya 36,000 berbanding 101,000 bukan Bumiputera,” katanya.