Pengambilan dadah meningkat selepas Aidilfitri: AADK

Hafiz (dua dari kiri) membantu seorang kanak-kanak memilih persiapan Hari Raya Aidilfitri di Kedai Kasut You, Jalan Banggol, di sini.
Hafiz (dua dari kiri) membantu seorang kanak-kanak memilih persiapan Hari Raya Aidilfitri di Kedai Kasut You, Jalan Banggol, di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Berdasarkan trend yang ditunjukkan sebelum ini, pengambilan dadah di daerah ini dijangka meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu, Hafiz Hassan berkata, peningkatan itu disebabkan faktor pertambahan penduduk terutama individu yang tinggal di luar Terengganu pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, pihaknya dapati trend pengambilan dadah apabila musim perayaan meningkat.

"Ia berpunca daripada 'rakan-rakan' penagih di sini yang pulang ke kampung halaman dan bertemu kumpulan penagih di Terengganu.

"Jadi, apabila dah bertemu dan berkumpul tu, mereka akan turut 'beraya' bersama-sama bahan terlarang itu," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengesyorkan pihak yang ingin membuat ujian saringan urin bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah berbuat demikian selepas Aidilfitri.

"Kita mengesyorkan mana-mana pihak seperti jabatan kerajaan atau swasta yang ingin membuat ujian saringan urin, waktu yang sesuai ialah selepas raya kerana biasanya jumlah mereka yang 'sangkut' lebih tinggi," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, statistik terkini tangkapan dadah di daerah ini, melibatkan ssebanyak 861 kes melibatkan individu yang dan dalam pemantauan pihak AADK.

Artikel Berkaitan:

"Daripada jumlah itu, 20 peratus adalah individu yang terlibat adalah mereka yang mengambil dadah secara berulang (kes baharu), yang lain adalah kes lama.

"Jadi, di peringkat AADK, kita menyasarkan untuk meminimumkan jumlah pengambilan berulang ini dan dalam masa yang sama menumpukan kepada kempen-kempen pencegahan supaya tidak berlaku peningkatan terutama bagi kes-kes yang baharu.

"Sekiranya ada kesedaran, sudah tentu tiada permintaan terhadap dadah dan usaha ini akan membantu membanteras gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat," katanya.