Wanita maut kereta terjunam dalam sungai

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kereta.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kereta.
A
A
A

YAN - Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Titi Serong sebelum terjunam ke dalam sungai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supritenden Shahnaz Akhtar berkata, mangsa, Robeah Samah, 49, tinggal di Kampung Teluk Acheh memandu Proton Saga, dalam perjalanan dari Pekan Yan menghala ke Guar Chempedak.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri dan seterusnya masuk ke dalam sungai.

Anggota bomba mengusung mangsa naik dari tebing sungai.
Anggota bomba mengusung mangsa naik dari tebing sungai.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Yan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shahnaz, proses bedah siasat telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Yan dan sebab kematian masih belum diketahui.

Polis turut mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungai balai polis Yan.

Artikel Berkaitan: