Pertahan Matrikulasi: Bersatu Kelantan sokong pendirian Maszlee

Kamaruddin Mohd Nor
Kamaruddin Mohd Nor
A
A
A

PASIR PUTEH - Bersatu Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mempertahankan program matrikulasi daripada dimansuhkan.

Ketua Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd Nor berkata, jika program itu dimansuhkan dibimbangi akan menimbulkan penentangan dalam kalangan orang Melayu yang boleh memberi impak buruk terhadap perpaduan antara kaum di negara ini.

“Program matrikulasi yang menetapkan kuota 90 peratus untuk Melayu/Bumiputera dan 10 peratus lain-lain kaum bagi kemasukan ke universiti awam sudah menjadi agenda nasional dan tidak perlu dipolitikkan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Gerakan, Dominic Lau menggesa Putrajaya memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai kaedah standard kemasukan pelajar ke universiti awam.

Jumaat lalu, Maszlee berkata, adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya kuota matrikulasi dilonggarkan (mansuh). - Bernama

Artikel Berkaitan: